Kenyataan Media Pemuda AMANAH Nasional
Hormati Pendirian Kepimpinan AMANAH, Bina Persefahaman Untuk Kukuhkan PH
- Pemuda AMANAH Nasional menggesa Pemuda AMANAH di setiap peringkat untuk bertenang dan menghormati pendirian kepimpinan AMANAH dan rakan parti dalam Pakatan Harapan.
- Kenyataan media yang mengeruhkan lagi hubungan antara parti perlu dihentikan serta – merta. Kekeliruan yang timbul dalam kalangan Pemuda AMANAH perlu terus dirujuk kepada Pengurusan Pemuda AMANAH Nasional.
- Selain mengambil bahagian dalam aktiviti politik, kita juga mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat di kawasan masing-masing. Kita berperanan memberikan penerangan tentang isu-isu semasa agar rakyat mendapat maklumat yang betul dan tidak terpedaya dengan propaganda yang dimainkan Perikatan Nasional, khususnya pasca Belanjawan 2021.
- Selain itu, kita juga bertanggungjawab membantu masyarakat yang terkesan dengan bencana dan pandemik Covid-19.
- Bagi memperkemaskan semula saf kepimpinan Pemuda Pakatan Harapan, kami menyeru Pemuda Pakatan Harapan segera menyelesaikan perkara-perkara berbangkit melalui musyawarah sekaligus membina persefahaman bersama dalam memperkukuhkan Pakatan Harapan.
Khairol Najib Hashim
Setiausaha
Pemuda AMANAH Nasional
30 November 2020