Berhubung perkembangan semasa mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Slim, AMANAH Kawasan Tanjung Malim telah mengarahkan seluruh jentera parti untuk bersiap siaga bagi berdepan PRK ini.
AMANAH Tanjung Malim juga telah mengaktifkan Bilik Gerakan Pilihan Raya DUN Slim dan memulakan kerja-kerja penyelarasan jentera bagi memastikan petugas-petugas kempen bergerak secara tersusun di setiap Pusat Daerah Mengundi.
Kami juga telah menganalisa kekuatan dan kelemahan yang perlu diberi perhatian berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum yang lalu.
Berkenaan calon, kami telah menyampaikan pandangan kepada AMANAH Negeri Perak dan menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti untuk membuat keputusan.
Jaminan yang kami dapat berikan adalah siapa pun calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH), Amanah akan bekerja dan berusaha memenangkan calon yang dikemukakan bagi memastikan suara rakyat DUN Slim akan lebih didengari di dalam DUN dan dapat melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat lebih baik daripada Perikatan Nasional.
KHAIROL NAJIB HASHIM
Ketua AMANAH Kawasan Tanjung Malim