Perayaan Deepavali atau Diwali adalah salah satu bentuk perayaan yang terbesar yang diraikan oleh penganut Hindu di seluruh dunia. Begitu juga di Malaysia, meskipun dalam situasi wabak yang sedang melanda. perayaan ini disambut dengan penuh ceria dan sederhana.

Saya mengambil peluang ini menyantuni komuniti India di Perumahan Behrang sambil menyampaikan sumbangan barang dapur sempena Perayaan Deepavali tahun ini.
Mengambil semangat kemajmukan dan kepelbagaain kaum di Malaysia, saya ingin mengajak teman-teman untuk kita sama-sama menyemai kasih sayang dan hormat-menghormati antara satu yang lain demi negara tercinta.
Khairol Najib Hashim
Ketua Pemuda Amanah
Negeri Perak