Hormati Pendirian Kepimpinan AMANAH, Bina Persefahaman Untuk Kukuhkan PH

Hormati Pendirian Kepimpinan AMANAH, Bina Persefahaman Untuk Kukuhkan PH

Kenyataan Media Pemuda AMANAH Nasional

Hormati Pendirian Kepimpinan AMANAH, Bina Persefahaman Untuk Kukuhkan PH

  1. Pemuda AMANAH Nasional menggesa Pemuda AMANAH di setiap peringkat untuk bertenang dan menghormati pendirian kepimpinan AMANAH dan rakan parti dalam Pakatan Harapan.
  2. Kenyataan media yang mengeruhkan lagi hubungan antara parti perlu dihentikan serta – merta. Kekeliruan yang timbul dalam kalangan Pemuda AMANAH perlu terus dirujuk kepada Pengurusan Pemuda AMANAH Nasional.
  3. Selain mengambil bahagian dalam aktiviti politik, kita juga mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat di kawasan masing-masing. Kita berperanan memberikan penerangan tentang isu-isu semasa agar rakyat mendapat maklumat yang betul dan tidak terpedaya dengan propaganda yang dimainkan Perikatan Nasional, khususnya pasca Belanjawan 2021.
  4. Selain itu, kita juga bertanggungjawab membantu masyarakat yang terkesan dengan bencana dan pandemik Covid-19.
  5. Bagi memperkemaskan semula saf kepimpinan Pemuda Pakatan Harapan, kami menyeru Pemuda Pakatan Harapan segera menyelesaikan perkara-perkara berbangkit melalui musyawarah sekaligus membina persefahaman bersama dalam memperkukuhkan Pakatan Harapan.

Khairol Najib Hashim
Setiausaha
Pemuda AMANAH Nasional

30 November 2020

Leave a Reply