Kerajaan PN batalkan skim bantuan buat penternak

Kerajaan PN batalkan skim bantuan buat penternak

Pada 2 September 2020 semalam, menerusi satu surat yang dihantar kepada PPV daerah di negeri Perak telah memaklumkan pembatalan SKIM REZEKI TERNAK JPV 2020. Skim ini merupakan cetusan idea oleh YB Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub yang merupakan mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani semasa perjumpaan bersama penternak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan/Ladang Satelit Lubuk Bakul, Muar, Johor pada 4hb Ogos 2019

Skim ini diwujudkan bagi membantu penternak kecil ruminan untuk meningkatkan pendapatan melalui kaedah pawah. Skim ini menggunakan kaedah geran pemadanan 90:10 bagi ternakan ruminan iaitu geran 90% kerajaan dan 10% daripada penternak.

Melalui skim ini penternak akan menerima maksima 5 ekor lembu induk atau 10 ekor kambing/bebiri dengan maksima nilaian ternakan sebanyak RM20,000.

Pembatalan skim ini oleh kerajaan PN tanpa alasan yang kukuh wajar dipersoalkan. Apakah usaha dan hala tuju Menteri Pertanian dan Industri Makanan sekarang bagi membantu penternak kecil ruminan yang kebanyakan mereka terkesan akibat pendemik Covid-19?

Pemuda Amanah minta penjelasan segera daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkenaan pembatalan Skim Rezeki Ternak untuk golongan B40 ini.

Khairol Najib Hashim
Ketua Pemuda Amanah
Negeri Perak
3 September 2020

Leave a Reply