Terima kasih Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan kerajaan PH Perak.

Terima kasih Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan kerajaan PH Perak.

Pemuda Amanah Perak mengambil maklum penamatan keahlian Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Perak melalui satu surat bertarikh 13 April 2020 daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak kepada Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan berkuatkuasa pada 30 April 2020 ini secara serta-merta.

Khairol Najib Hashim, Ketua Pemuda, Parti Amanah Negara (AMANAH), Perak Darul Ridzuan

Oleh yang demikian, Pemuda Amanah Perak manzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua lantikan Ahli Majlis PBT Kerajaan PH Perak di atas khidmat yang diberikan sepanjang tempoh 22 bulan PH memerintah Negeri Perak Darul Ridzuan ini.

Ahli Majlis berperanan membantu PBT di dalam membuat dasar, merancang dan mengawasi pelaksanaan program pembangunan di peringkat PBT.Saya yakin dan percaya, prestasi tuan-puan sebagai Ahli Majlis PBT adalah yang terbaik dan wajar dipuji. Hal ini kerana tuan-puan telah laksanakan tanggungjawab ini dengan penuh amanah dan dedikasi. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala budi yang tuan-puan berikan untuk negeri Perak yang tercinta ini.

Amanah. Progresif. Peduli.

Khairol Najib Hashim
Ketua Pemuda, Parti Amanah Negara (AMANAH),
Perak Darul Ridzuan